Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PELESENAN) (PENGUSAHAAN ATAU PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN PEMBERSIHAN AWAM) 2011

Seksyen 3

(1)

Ketua Pengarah boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi suatu lesen di bawah peraturan 2, dan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang diberikan menurut seksyen 17 Akta dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Perbadanan yang dibuat menurut seksyen 18 Akta, memberikan lesen atau enggan memberikan lesen itu.

4

(2)

Jika Ketua Pengarah memutuskan untuk memberikan lesen di bawah subperaturan (1), dia hendaklah─

(a)

menghendaki pemegang lesen itu untuk membayar fi lesen yang dinyatakan dalam peraturan 6; dan

(b)

mengenakan syarat lesen yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan apa-apa syarat lain yang difikirkannya patut.

(3)

Keputusan Ketua Pengarah untuk memberikan lesen atau enggan memberikan lesen hendaklah disampaikan kepada pemohon melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(4)

Notis bertulis oleh Ketua Pengarah di bawah subperaturan (3) hendaklah menyatakan─

(a)

dalam hal jika lesen diberikan, hakikat mengenai pemberian sedemikian dan kehendak dan syarat yang dikenakan di bawah subperaturan (2); dan

(b)

dalam hal keengganan untuk memberikan lesen, hakikat keengganan sedemikian dan sebab bagi keengganan itu.

Tempoh lesen

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PELESENAN) (PENGUSAHAAN ATAU PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN PEMBERSIHAN AWAM) 2011