Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2011
Seksyen 4
(1)
Setelah suatu penyiasatan dijalankan dan didapati bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan suatu Notis Tawaran untuk Mengkompaun Kesalahan dalam Borang 1 Jadual.
(2)
Tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah bagi tempoh empat belas hari, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh empat belas hari itu, tiada prosiding selanjutnya akan diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.
(3)
Jika tiada pembayaran bagi kompaun yang telah ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh masa yang dinyatakan dalam subperaturan (2), pendakwaan boleh dimulakan tanpa notis selanjutnya.
P.U. (A) 309 5
Pembayaran kompaun