Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2011
Seksyen 5
(1)
Apabila suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan dibuat dan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membuat pembayaran bagi kompaun secara tunai atau, melalui kiriman wang, kiriman wang pos, pesanan juruwang, pesanan bank atau draf bank yang kena dibayar kepada Ketua
Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”.
(2)
Pembayaran kompaun hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar ke alamat yang dinyatakan dalam Notis Tawaran untuk
Mengkompaun Kesalahan.
(3)
Tiap-tiap pembayaran kompaun yang diterima hendaklah dianggap sebagai wang kepunyaan Ketua Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam.
(4)
Suatu resit rasmi hendaklah dikeluarkan bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.
P.U. (A) 309 6