Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(1)
Pemunya atau penghuni premis bertanah hendaklah―
(a)
jika tempat pemungutan terletak di dalam premis bertanah itu, meletakkan sisa pukal itu di tempat pemungutan sebelum masa pemungutan seperti yang dinyatakan dalam jadual pemungutan;
atau
(b)
jika tempat pemungutan terletak di luar premis bertanah itu, meletakkan sisa pukal itu di tempat pemungutan hanya pada hari dan masa pemungutan seperti yang dinyatakan dalam jadual pemungutan.
P.U. (A) 307 19
(2)
Seseorang pemunya atau penghuni premis bertanah yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
Sisa taman