Malaysia legislation

Section 22

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011

Seksyen 22

(1)

Badan pengurusan harta bersama hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa bekas sisa komunal yang disediakan oleh pemegang lesen yang bertanggungjawab tidak rosak.

(2)

Jika badan pengurusan harta bersama tidak mengambil langkah yang munasabah di bawah subperaturan (1) dan kerosakan berlaku ke atas bekas sisa komunal itu, badan pengurusan harta bersama itu hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa pembaikan atau penggantian bekas sisa komunal itu, melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

(3)

Sesuatu badan pengurusan harta bersama yang melanggar subperaturan

(1)

atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

P.U. (A) 307 24

Penggunaan bekas sisa komunal yang tidak wajar