Malaysia legislation

Section 21

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011

Seksyen 21

(1)

Badan pengurusan harta bersama hendaklah menyediakan satu atau lebih tempat pemungutan yang mempunyai saiz yang mencukupi, di dalam atau di luar bangunan, mengikut jadual pemungutan, bagi semua sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah, termasuk suatu kawasan bagi pemungutan sisa baki, sisa pukal, sisa taman dan sisa yang boleh dikitar semula.

(2)

Badan pengurusan harta bersama hendaklah menyenggara pada setiap masa tempat pemungutan dan apa-apa kelengkapan pelupusan sisa termasuk pelongsor sisa, corong sisa dan kebuk sisa.

(3)

Perbadanan boleh mengarahkan, sebagaimana yang difikirkannya patut, badan pengurusan harta bersama berkenaan dengan―

(a)

penyediaan dan penyenggaraan tempat pemungutan; dan

(b)

penggantian atau pembaikan apa-apa kecacatan di tempat pemungutan dan apa-apa kelengkapan pelupusan sisa termasuk pelongsor sisa, corong sisa dan kebuk sisa.

(4)

Sesuatu badan pengurusan harta bersama yang tidak mematuhi arahan yang diberikan di bawah subperaturan (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(5)

Badan pengurusan harta bersama hendaklah memastikan bahawa pemunya atau penghuni setiap petak bangunan atau sesuatu bangunan di atas tanah yang dipecah bahagi kepada petak-petak tanah menghantar sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah ke kawasan tempat pemungutan masing-masing bagi sisa baki, sisa pukal, sisa taman dan sisa yang boleh dikitar semula.

(6)

Badan pengurusan harta bersama hendaklah memastikan bahawa pemunya atau penghuni setiap petak bangunan atau bangunan di atas tanah yang dipecah bahagi kepada petak-petak tanah―

P.U. (A) 307 23

(a)

meletakkan sisa baki di dalam beg atau bejana yang diikat dengan selamat sebelum diletakkan ke dalam bekas sisa komunal; dan

(b)

membalut sisa baki yang mempunyai tepi yang tajam atau boleh memotong dengan selamat sebelum diletakkan ke dalam bekas sisa komunal.

(7)

Jika amaun sisa baki yang dihasilkan melebihi kapasiti bekas sisa komunal, badan pengurusan harta bersama hendaklah memaklumkan Perbadanan yang hendaklah mengarahkan pemegang lesen yang bertanggungjawab untuk menyediakan kapasiti bekas sisa komunal yang mencukupi.

(8)

Sesuatu badan pengurusan harta bersama yang melanggar subperaturan

(1)

, (2), (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Kerosakan pada bekas sisa komunal