Skip to content

Seksyen 23

Penggunaan bekas sisa komunal yang tidak wajar

of Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim bagi Sisa Pepejal Isi Rumah dan Sisa Pepejal yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah) 2011

P.U. (A)In forceProvision 21 of 26
Seksyen 23

(1)

Tiada seorang pun boleh –

(a)

meletakkan apa-apa buangan terjadual di dalam bekas sisa komunal atau di dalam mana-mana beg atau bejana yang diikat dengan selamat yang mengandungi sisa baki; atau

(b)

menggunakan mana-mana bekas sisa komunal bagi maksud selain maksud yang diniatkan baginya.

(2)

Seseorang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.