Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(1)
Seseorang pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan—
(a)
hendaklah memastikan bahawa lebar, beban gandar dan ciri-ciri lain yang berkaitan bagi kenderaan perkhidmatan pemungutan sesuai untuk memungut dan menghantar sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian mengikut jenis dan kapasitinya, yang dapat menghalang apa-apa tumpahan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau bahan larut resap;
P.U. (A) 181 16
(b)
hendaklah menyenggarakan kenderaan perkhidmatan pemungutan mengikut cara yang dapat menghalang apa-apa tumpahan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau bahan larut resap; dan
(c)
hendaklah tidak memuatkan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian di dalam kenderaan perkhidmatan pemungutan melebihi kapasiti kenderaan perkhidmatan pemungutan.
(2)
Mana-mana pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Kewajipan yang berhubungan dengan tumpahan sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian atau bahan larut resap 12.
(1)
Dalam mengusahakan atau menyediakan perkhidmatan pemungutan, pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan hendaklah memastikan bahawa tiada tumpahan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau bahan larut resap.
(2)
Jika apa-apa tumpahan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau bahan larut resap berlaku, pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan hendaklah membersihkan kawasan tumpahan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau bahan larut resap itu dengan serta-merta.
(3)
Mana-mana pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan yang melanggar subperaturan (1) atau (2), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Kewajipan yang berhubungan dengan rekod