Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(1)
Pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan hendaklah mengeluarkan rekod kepada penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau
P.U. (A) 181 17
keinstitusian atau orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian bagi setiap perkhidmatan pemungutan yang diusahakan atau disediakan.
(2)
Pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan hendaklah memastikan bahawa rekod yang disebut dalam subperaturan (1) mengandungi butiran seperti yang berikut:
(a)
jenis dan amaun sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang dipungut;
(b)
tarikh dan masa pemungutan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian;
(c)
alamat tempat pemungutan;
(d)
alamat kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan atau kemudahan pengurusan sisa pepejal di mana sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian dihantar, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(e)
nama dan alamat penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian; dan
(f)
nama dan alamat pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan.
(3)
Pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan hendaklah menyimpan rekod yang diterima daripada pemegang lesen bagi kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan yang dikeluarkan di bawah subperaturan 14(4) atau 16(5) atau daripada orang yang dilesenkan untuk menguruskan atau mengendalikan kemudahan pengurusan sisa pepejal, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menerima sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang dihantar oleh pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan itu.
P.U. (A) 181 18
(4)
Perbadanan boleh menghendaki salinan rekod yang disebut dalam subperaturan (1) dan (3), atau apa-apa maklumat tambahan yang berhubungan dengan perkhidmatan pemungutan yang diusahakan atau disediakan oleh pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan untuk dikemukakan kepada Perbadanan oleh pemegang lesen perkhidmatan pemungutan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Perbadanan.
(5)
Pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan hendaklah menyimpan salinan rekod yang disebut dalam subperaturan (1) dan rekod yang disebut dalam subperaturan (3) bagi tempoh tujuh tahun daripada tarikh rekod itu dikeluarkan dan hendaklah menjadikan tersedia rekod itu untuk pemeriksaan oleh pegawai diberi kuasa.
(6)
Mana-mana pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan yang melanggar subperaturan (1), (2), (3), (4) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.