Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL KOMERSIAL, PERINDUSTRIAN DAN KEINSTITUSIAN) 2018

Seksyen 14

(1)

Seseorang pemegang lesen bagi stesen pemindahan hendaklah memastikan bahawa stesen pemindahan beroperasi dalam kapasiti yang dinyatakan dalam lesen di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam (Pelesenan) (Pengurusan atau Pengendalian Kemudahan Pengurusan Sisa

Pepejal yang Ditetapkan) 2011.

(2)

Pemegang lesen bagi stesen pemindahan hendaklah hanya menerima sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian daripada pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan bagi kawasan skim yang disediakan perkhidmatan oleh stesen pemindahan itu.

(3)

Pemegang lesen bagi stesen pemindahan tidak boleh menolak apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang diterima menurut subperaturan (2).

P.U. (A) 181 19

(4)

Pemegang lesen bagi stesen pemindahan hendaklah mengeluarkan suatu rekod kepada pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan apabila menerima sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian di bawah subperaturan (2).

(5)

Pemegang lesen bagi stesen pemindahan hendaklah memastikan bahawa rekod yang disebut dalam subperaturan (4) mengandungi butiran seperti yang berikut:

(a)

jenis dan amaun sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang diterima;

(b)

tarikh dan masa penerimaan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian;

(c)

kawasan skim;

(d)

nama dan alamat pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan;

dan

(e)

alamat stesen pemindahan.

(6)

Mana-mana pemegang lesen bagi stesen pemindahan yang melanggar subperaturan (2), (3), (4) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL KOMERSIAL, PERINDUSTRIAN DAN KEINSTITUSIAN) 2018