Malaysia legislation

Section 16

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL KOMERSIAL, PERINDUSTRIAN DAN KEINSTITUSIAN) 2018

Seksyen 16

(1)

Pemegang lesen bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan hendaklah memastikan bahawa kemudahan pengolahan dan pelupusan beroperasi dalam kapasiti yang dinyatakan dalam lesen di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengurusan atau Pengendalian Kemudahan

Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan) 2011.

P.U. (A) 181 21

(2)

Pemegang lesen bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan hendaklah hanya menerima sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang—

(a)

dihantar oleh pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan;

atau

(b)

diangkut oleh pemegang lesen bagi perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh, bagi kawasan skim yang disediakan perkhidmatan oleh kemudahan pengolahan dan pelupusan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(3)

Pemegang lesen bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan tidak boleh menolak apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang diterima menurut subperaturan (2).

(4)

Apabila menerima sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian menurut subperaturan (2), pemegang lesen bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan—

(a)

hendaklah mengolah atau melupus sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian itu; dan

(b)

hendaklah melupuskan baki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang diolah itu, mengikut syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen di bawah

Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan)

(Pengurusan atau

Pengendalian

Kemudahan

Pengurusan

Sisa

Pepejal yang Ditetapkan) 2011.

P.U. (A) 181 22

(5)

Pemegang lesen bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan hendaklah mengeluarkan suatu rekod kepada pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan atau pemegang lesen bagi perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh apabila menerima sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian menurut subperaturan (2).

(6)

Pemegang lesen bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan hendaklah memastikan bahawa rekod yang disebut dalam subperaturan (5) mengandungi butiran seperti yang berikut:

(a)

jenis dan amaun sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang diterima;

(b)

tarikh dan masa penerimaan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian;

(c)

kawasan skim;

(d)

nama dan alamat pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan atau pemegang lesen bagi perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh; dan

(e)

alamat kemudahan pengolahan dan pelupusan.

(7)

Mana-mana pemegang lesen bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan yang melanggar subperaturan (2), (3), (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

P.U. (A) 181 23

Section 16 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL KOMERSIAL, PERINDUSTRIAN DAN KEINSTITUSIAN) 2018