Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2019

Seksyen 4

(1)

Selepas suatu penyiasatan dijalankan dan didapati bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, Pesuruhjaya boleh mengeluarkan suatu Notis Tawaran untuk Mengkompaun Kesalahan dalam Borang 2 Jadual Kedua.

P.U. (A) 116 3

(2)

Tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah sah bagi tempoh empat belas hari, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat dalam tempoh empat belas hari itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.

(3)

Jika tiada pembayaran bagi kompaun yang telah ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh masa yang dinyatakan dalam subperaturan (2), pendakwaan boleh dimulakan tanpa notis selanjutnya.

Pembayaran kompaun

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2019