Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015

Seksyen 12

(1)

Notis bertulis mengenai mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama untuk diberikan oleh pemaju kepada semua pembeli dan suatu salinan notis bertulis itu untuk dipamerkan di suatu bahagian kawasan pemajuan itu yang mudah dilihat di bawah subseksyen 18(3) Akta hendaklah dalam Borang 5.

(2)

Jika mana-mana pembeli, tidak kurang daripada tujuh hari sebelum masa bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama, memberikan suatu notis bertulis kepada pemaju menghendaki suatu usul dimasukkan dalam agenda mesyuarat agung tahunan pertama, pemaju hendaklah memberikan notis mengenai usul itu kepada semua pembeli dan suatu salinan notis itu hendaklah dipamerkan pada papan notis kawasan pemajuan di suatu bahagian kawasan pemajuan itu yang mudah dilihat.

Notis ketetapan untuk mengesahkan Caj, caruman kepada kumpulan wang penjelas dan kadar bunga yang ditentukan oleh badan pengurusan bersama 13.

Dalam masa dua puluh lapan hari selepas setiap mesyuarat agung badan pengurusan bersama yang padanya Caj telah disahkan atau diubah, badan pengurusan bersama hendaklah mengeluarkan suatu notis dalam Borang 5A kepada semua pembeli untuk memaklumkan pembeli mengenai jumlah Caj, caruman kepada kumpulan wang penjelas dan kadar bunga berkenaan dengan apa-apa kelewatan pembayaran yang dikenakan oleh badan pengurusan bersama dalam mesyuarat agung tahunan itu dan suatu salinan Borang 5A hendaklah dipamerkan pada papan notis badan pengurusan bersama di suatu bahagian kawasan pemajuan itu yang mudah dilihat.

Perakuan penubuhan badan pengurusan bersama

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015