Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini–
“Akaun Kecacatan Harta Bersama” ertinya akaun amanah berasingan yang hendaklah dibuka dan disenggara oleh Pesuruhjaya di bawah subperaturan 50(1);
“Akta” ertinya Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757];
“Bon” ertinya bon dalam Borang 12 yang perlu diserah simpan dengan badan pengurusan bersama di bawah subperaturan 21(2) atau dengan perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari di bawah subperaturan 32(2), mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, atau bon dalam Borang 23 yang perlu diserah simpan dengan Pesuruhjaya di bawah subperaturan 44(1);
P.U. (A) 107 9
“Borang A” ertinya waran penahanan dalam Borang A dalam Jadual Ketiga
Akta;
“Borang B” ertinya notis dan inventori dalam Borang B dalam Jadual Ketiga
Akta;
“Daftar strata” ertinya daftar yang hendaklah disediakan dan disenggarakan di bawah subseksyen 72(1) Akta;
“Pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta
Hakmilik Strata 1985;
“Pengarah Ukur” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4
Akta Hakmilik Strata 1985.