Malaysia legislation

Section 21

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015

Seksyen 21

Perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk menyenggara dan mengurus harta bersama

(1)

Jika badan pengurusan bersama mengambil atau mengatur dan mendapatkan perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk mengusahakan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi di bawah perenggan 21(2)(f) Akta, badan pengurusan bersama hendaklah membuat suatu perjanjian pengurusan dengan orang atau ejen itu.

(2)

Jika orang atau ejen itu bukan merupakan seorang pengurus harta berdaftar, dia tidak boleh bertindak untuk mengusahakan pengurusan dan penyenggaraan harta bersama itu melainkan jika dia menyerah simpan dengan badan pengurusan bersama suatu bon dalam Borang 12 yang diberikan oleh suatu bank, syarikat kewangan atau penanggung insurans.

(3)

Jumlah bon itu hendaklah suatu jumlah yang bersamaan saraan atau fi pengurusan bagi tempoh dua belas bulan atau suatu jumlah lima puluh ribu ringgit, yang mana lebih tinggi.

P.U. (A) 107 19

(4)

Satu salinan perjanjian pengurusan di bawah subperaturan (1) dan bon di bawah subperaturan (2) hendaklah difailkan oleh badan pengurusan bersama dengan

Pesuruhjaya bersama dengan fi yang telah ditetapkan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perjanjian pengurusan atau bon itu, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan.

(5)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subperaturan (1), (2), (3) atau

Section 21 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015