Malaysia legislation
Section 23
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 23
(1)
Notis mesyuarat agung tahunan pertama perbadanan pengurusan yang untuk diberikan oleh pemaju kepada semua pemilik dan suatu salinan notis bertulis itu untuk dipamerkan di suatu bahagian kawasan pemajuan itu yang mudah dilihat di bawah subseksyen 57(3) Akta hendaklah dalam Borang 14.
(2)
Jika mana-mana pemilik, tidak kurang daripada tujuh hari sebelum masa bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama, memberikan suatu notis kepada pemaju menghendaki suatu usul dimasukkan dalam agenda mesyuarat agung tahunan pertama, pemaju hendaklah memberikan notis mengenai usul itu kepada semua pemilik
P.U. (A) 107 20
dan suatu salinan notis usul itu hendaklah dipamerkan pada papan notis perbadanan pengurusan di suatu bahagian kawasan pemajuan itu yang mudah dilihat.
Notis ketetapan untuk mengesahkan Caj, caruman kepada kumpulan wang penjelas dan kadar bunga yang ditentukan oleh perbadanan pengurusan 24.
Dalam masa dua puluh lapan hari selepas setiap mesyuarat agung perbadanan pengurusan yang padanya jumlah Caj disahkan atau diubah, perbadanan pengurusan hendaklah mengeluarkan suatu notis dalam Borang 15 kepada semua pemilik, termasuk pemilik mana-mana blok sementara, untuk memaklumkan kepada semua pemilik jumlah Caj, caruman kepada kumpulan wang penjelas dan kadar bunga berkenaan dengan kelewatan pembayaran yang dikenakan oleh perbadanan pengurusan dalam mesyuarat agung itu dan suatu salinan Borang 15 hendaklah dipamerkan pada papan notis perbadanan pengurusan di suatu bahagian kawasan pemajuan itu yang mudah dilihat.