Malaysia legislation
Section 30
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 30
Perakuan jumlah wang yang kena dibayar oleh pemilik atau bakal pemilik
(1)
Atas permohonan oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang dinyatakan dalam seksyen 73 Akta, dan dengan penerimaan fi yang ditetapkan, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah dalam masa dua puluh satu hari, mengeluarkan suatu perakuan yang mengandungi maklumat yang ditetapkan di bawah seksyen 73 Akta dalam Borang 19.
(2)
Mana-mana perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
P.U. (A) 107 23
Notis menuntut pembayaran jumlah wang yang kena dibayar oleh pemilik