Malaysia legislation
Section 32
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 32
Perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk menyenggara dan mengurus harta bersama
(1)
Jika perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari mengambil atau mengatur dan mendapatkan perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk mengusahakan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bagi bangunan atau tanah yang dipecah bahagi, di bawah perenggan 59(2)(f) atau subseksyen 64(1)
Akta, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah membuat suatu perjanjian pengurusan dengan mana-mana orang atau ejen itu.
(2)
Jika orang atau ejen itu bukan merupakan seorang pengurus harta berdaftar, dia tidak boleh bertindak untuk mengusahakan pengurusan dan penyenggaraan harta bersama itu melainkan jika dia menyerah simpan dengan perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari suatu bon dalam
Borang 12 yang diberikan oleh suatu bank, syarikat kewangan atau penanggung insurans.
(3)
Jumlah bon itu hendaklah suatu jumlah yang bersamaan saraan atau fi pengurusan untuk tempoh dua belas bulan atau suatu jumlah lima puluh ribu ringgit, yang mana lebih tinggi.
(4)
Satu salinan perjanjian pengurusan di bawah subperaturan (1) dan bon di bawah subperaturan (2) hendaklah difailkan oleh perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari dengan Pesuruhjaya bersama dengan bayaran fi yang telah ditetapkan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perjanjian pengurusan atau bon, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan.
(5)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subperaturan (1), (2), (3)
atau (4) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak
P.U. (A) 107 24
melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.