Malaysia legislation
Section 34
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 34
(1)
Suatu badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, hendaklah mengadakan mesyuarat agung tahunan menurut subperenggan 10(2) Jadual
Kedua Akta.
(2)
Jika badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari gagal mengadakan apa-apa mesyuarat agung tahunan, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, telah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tempoh tiga tahun atau kedua-duanya sekali.