Malaysia legislation
Section 35
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 35
(1)
Untuk memohon suatu waran penahanan dalam Borang A di bawah subseksyen 35(1) atau 79(1) Akta, pemaju, mana-mana anggota jawatankuasa pengurusan bersama, mana-mana anggota jawatankuasa pengurusan, mana-mana anggota jawatankuasa pengurusan subsidiari atau ejen pengurusan yang dilantik oleh
P.U. (A) 107 25
Pesuruhjaya di bawah subseksyen 86(1) atau 91(3) Akta, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, hendaklah mengemukakan suatu permohonan bersumpah dalam
Borang 21.
(2)
Empat salinan Borang 21 hendaklah dikemukakan kepada Pesuruhjaya dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(3)
Jika Pesuruhjaya memutuskan untuk mengeluarkan suatu waran penahanan, Pesuruhjaya hendaklah memberikan dua salinan waran penahanan dalam
Borang A yang telah ditandatangani kepada orang atau badan yang membuat permohonan bersumpah itu dan Pesuruhjaya hendaklah menyatakan nama dan butir-butir orang yang akan melaksanakan waran penahanan tersebut.
Inventori selepas penahanan