Malaysia legislation
Section 36
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 36
(1)
Sebaik selepas penahanan, orang yang melaksanakan waran penahanan itu hendaklah menyediakan suatu inventori harta alih yang ditahankan itu dan menyampaikan suatu notis dalam Borang B kepada orang yang, pada masa penahanan itu, memiliki atau didapati memiliki harta itu.
(2)
Sekiranya tiada orang memiliki atau didapati memiliki harta yang ditahankan itu, maka notis dalam Borang B itu hendaklah diletakkan di suatu bahagian yang mudah dilihat di tempat di mana penahanan itu dilaksanakan.
(3)
Semua harta alih yang ditahan hendaklah disimpan di dalam premis atau tempat di mana harta alih ditahankan ditemui atau di tempat lain di dalam Negeri itu kecuali jika orang yang melaksanakan waran penahanan itu berpendapat bahawa harta alih yang ditahankan hendaklah disimpan di suatu tempat lain untuk selamat dikawal atau dijaga.
Pelantikan pelelong, harga rizab dan bidaan