Skip to content

Seksyen 38

Notis jualan secara lelong

of Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 34 of 66
Seksyen 38

(1)

Orang atau badan yang menjalankan lelongan hendaklah memberi notis awam tidak kurang daripada tujuh hari sebelum menjalankan apa-apa jualan melalui lelongan, yang menyatakan—

(a)

tarikh, masa dan tempat di mana jualan adalah dicadangkan untuk diadakan;

(b)

butir-butir mengenai harta alih yang akan ditawarkan untuk jualan;

dan

(c)

harga rizab yang telah ditetapkan untuk mana-mana harta alih yang ditawarkan untuk jualan.

(2)

Suatu notis hendaklah disifatkan telah sempurna diberikan sekiranya—

(a)

ia dipaparkan pada pintu premis di mana harta alih ditemui, jika berkenaan dengan;

(b)

ia dipaparkan di tempat yang mudah dilihat di dalam bangunan atau dalam apa-apa cara lain sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Pesuruhjaya; dan

P.U. (A) 107 27

(c)

jika dianggap suai manfaat oleh orang atau badan yang menjalankan lelongan, ia disiarkan dalam akhbar yang kebiasaannya dibaca di tempat di mana jualan akan dijalankan.

(3)

Dengan kelulusan bertulis Pesuruhjaya, tempoh notis yang dinyatakan dalam subperaturan (1) boleh dipendekkan.

(4)

Semua jualan melalui lelongan hendaklah diadakan di tempat yang terbuka kepada orang awam.