Malaysia legislation

Section 46

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015

Seksyen 46

(1)

Pemaju hendaklah, dalam masa tidak lebih dari dua puluh satu hari sebelum penyerahan milikan kosong suatu petak kepada seseorang pembeli, memberikan suatu notis bertulis kepada Pesuruhjaya mengenai niatnya untuk menyerahkan milikan kosong dalam Borang 25 bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(2)

Borang 25 hendaklah disertakan dengan suatu perakuan anggaran kos pembinaan daripada arkitek atau jurutera pemaju yang bertanggungjawab bagi pembangunan atas kawasan pemajuan itu.

(3)

Bagi maksud subperaturan (2), “anggaran kos pembinaan” bermaksud kos membina kawasan pemajuan bagi maksud kegunaan kediaman, komersial atau perindustrian, atau suatu kombinasi bagi kegunaan-kegunaan itu, dan termasuk kos kewangan, kos overhed dan perbelanjaan lain yang perlu untuk menyiapkannya tetapi tidak termasuk kos tanah.

Jumlah deposit untuk membaiki kecacatan

Section 46 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015