Malaysia legislation
Section 50
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 50
(1)
Pesuruhjaya hendaklah meletakkan semua deposit atau jumlah wang selanjutnya yang dibayar ke dalam akaun amanah berasingan yang memberi pendapatan, dikenali sebagai Akaun Kecacatan Harta Bersama yang hendaklah dibuka dan disenggara oleh Pesuruhjaya bersama dengan bank atau institusi kewangan secara berasingan dari lain-lain akaun pihak berkuasa tempatan.
(2)
Pesuruhjaya hendaklah membuka dan menyenggara satu Akaun
Kecacatan Harta Bersama bagi setiap kawasan pemajuan.
P.U. (A) 107 36
(3)
Orang-orang berikut berhak untuk membuat tuntutan terhadap Akaun
Kecacatan Harta Bersama dalam tempoh liabiliti kecacatan bagi harta bersama—
(a)
seorang pembeli;
(b)
seorang pemilik;
(c)
badan pengurusan bersama;
(d)
perbadanan pengurusan;
(e)
perbadanan pengurusan subsidiari;
(f)
seorang ejen pengurusan dilantik oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen 86(1) atau 91(1) Akta; dan
(g)
mana-mana orang berkepentingan, dengan kebenaran
Pesuruhjaya.
(4)
Suatu tuntutan terhadap Akaun Kecacatan Harta Bersama hendaklah dibuat dalam Borang 27 dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
Notis kepada pemaju untuk membaiki kecacatan