Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015

Seksyen 6

(1)

Sebelum pemaju mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak menjual mana-mana petak atau petak yang

P.U. (A) 107 10

dicadangkan di dalam suatu kawasan pemajuan, pemaju hendaklah memfailkan dengan

Pesuruhjaya suatu jadual petak sebagaimana dikehendaki di bawah subseksyen 6(1)

dan 6(3) Akta bersama dengan enam salinan Borang 1 dan pembayaran fi yang ditetapkan.

(2)

Dalam hal apabila penjualan suatu petak dalam mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi di dalam sesuatu kawasan pemajuan atau penjualan sedemikian berlaku sebelum permulaan kuat kuasa Akta, pemaju hendaklah memasukkan dalam jadual petak dan dalam Borang 1, bangunan atau bangunan-bangunan atau tanah atau tanah-tanah di mana petak atau petak-petak itu dijual.

(3)

Jika pelan atau petunjuk yang difailkan dengan Pesuruhjaya bersama dengan Borang 1 dipinda atas sebab pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan telah dipinda atau diubah—

(a)

atas kehendak pihak berkuasa tempatan itu; atau

(b)

dengan persetujuan semua pembeli petak di dalam kawasan pemajuan dan pindaan atau perubahan itu diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan;

pemaju itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pindaan atau perubahan pelan bangunan itu, atau dalam apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pesuruhjaya, memfailkan dengan Pesuruhjaya pengubahan jadual petak bersama dengan enam salinan Borang 1A dan pembayaran fi yang ditetapkan.

(4)

Peruntukan di bawah subseksyen 6(3) Akta hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pengubahan jadual petak yang difailkan di bawah subperaturan (3).

(5)

Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subperaturan (2), (3) atau (4)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika disabitkan, didenda tidak melebihi lima

P.U. (A) 107 11

puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Jadual petak yang dipinda

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015