Malaysia legislation
Section 60
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 60
(1)
Di mana kebocoran antara tingkat berlaku dalam tempoh liabiliti kecacatan petak dan kebocoran antara tingkat itu disebabkan oleh kecacatan kemahiran kerja atau bahan-bahan atau di mana petak itu tidak dibina mengikut pelan-pelan dan deskripsi yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan dengan, pembeli, pemunya petak atau pemilik boleh membuat tuntutan terhadap pemaju selaras dengan perjanjian jual beli yang dibuat dengan pemaju.
(2)
Jika kebocoran antara tingkat berlaku dalam tempoh liabiliti kecacatan harta bersama atau harta bersama terhad, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, dan kebocoran antara tingkat itu disebabkan oleh kecacatan kemahiran kerja atau bahan-bahan atau di mana harta bersama atau harta bersama terhad itu tidak dibina mengikut pelan-pelan dan deskripsi yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan dengan, pembeli, pemunya petak atau pemilik boleh membuat tuntutan terhadap Akaun Kecacatan Harta Bersama selaras dengan subperaturan 50(4).
P.U. (A) 107 42
Kebocoran antara tingkat disebabkan oleh atau dikenal pasti berpunca daripada suatu petak