Malaysia legislation

Section 64

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015

Seksyen 64

(1)

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan yang dibuat terhadapnya di bawah mana-mana peraturan dalam Bahagian ini boleh merujuk kepada Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya hendaklah menentukan punca kebocoran antara tingkat itu dan pihak yang bertanggungjawab membaikinya.

(2)

Pesuruhjaya boleh melantik arkitek berdaftar, jurutera berdaftar, juruukur berdaftar, jurutera berdaftar, juruukur bahan berdaftar atau penilai bangunan berdaftar untuk membantunya dalam penentuan dan kos pelantikan tersebut hendaklah ditanggung oleh pihak yang bertanggunjawab untuk membaiki kebocoran antara tingkat itu.

(3)

Semua pihak hendaklah mematuhi apa-apa keputusan yang dibuat oleh

Pesuruhjaya.

P.U. (A) 107 44

Section 64 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015