Skip to content

Seksyen 66

Maksud kerosakan pada dinding dua pihak

of Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 60 of 66
Seksyen 66

Bagi maksud Bahagian ini, “kerosakan pada dinding dua pihak” bermaksud apa-apa keterangan kelembapan, penembusan air atau kerosakan lain—

(a)

pada dinding yang membentuk sebahagian daripada bahagian dalaman petak, harta bersama atau harta bersama terhad, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan; atau

(b)

pada mana-mana bahan hiasan, termasuk plaster, panel atau papan gipsum yang dilekatkan, direkatkan, atau dipasang pada dinding yang menjadi sebahagian daripada bahan dalaman bahan petak, harta bersama atau harta bersama terhad, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan.