Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 7
(1)
Dalam hal mana-mana pemajuan berperingkat, sebelum pemaju menjual mana-mana petak di dalam mana-mana blok sementara, pemaju hendaklah memfailkan dengan Pesuruhjaya jadual petak yang dipinda sebagaimana dikehendaki di bawah subseksyen 6(2) dan 6(3) Akta, bersama dengan enam salinan Borang 2 dan pembayaran fi yang ditetapkan.
(2)
Jika pelan atau petunjuk yang difailkan dengan Pesuruhjaya bersama
Borang 2 dipinda atau diubah atas sebab pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan telah dipinda atau diubah—
(a)
atas kehendak pihak berkuasa tempatan itu; atau
(b)
atas persetujuan semua pembeli petak bagi semua blok sementara yang terlibat di dalam kawasan pemajuan dan pindaan atau perubahan itu diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan;
dan dengan syarat tiada perubahan dalam kuantum yang dicadangkan bagi unit syer sementara bagi blok sementara yang terlibat, pemaju hendaklah dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pindaan atau perubahan pelan bangunan atau dalam apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pesuruhjaya, memfailkan dengan Pesuruhjaya bersama dengan enam salinan Borang 2A dan pembayaran fi yang ditetapkan.
(3)
Peruntukan di bawah subseksyen 6(3) Akta hendaklah terpakai mutatis mutandis kepada pengubahan jadual petak yang dipinda yang difailkan di bawah subperaturan (2).
(4)
Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subperaturan (2) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima
P.U. (A) 107 12
puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Jadual hendaklah ditandatangani, dsb., oleh Pesuruhjaya