Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 8
Selepas jadual petak, pengubahan jadual petak, jadual petak yang dipinda atau pengubahan jadual petak yang dipinda, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, difailkan dengan Pesuruhjaya bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan,
Pesuruhjaya hendaklah —
(a)
menandatangani semua enam salinan Borang 1, Borang 1A, Borang 2 atau
Borang 2A, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, dan semua enam salinan jadual petak, pengubahan jadual petak, jadual petak yang dipinda atau pengubahan jadual petak yang dipinda, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, dan mengembalikan tiga salinan kepada pemaju;
(b)
mengemukakan satu salinan Borang 1, Borang 1A, Borang 2 atau Borang 2A, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, dan satu salinan jadual petak, pengubahan jadual petak, jadual petak yang dipinda atau pengubahan jadual petak yang dipinda, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, kepada
Pengarah;
(c)

Pengarah Ukur; dan
(d)
menyimpan satu salinan Borang 1, Borang 1A, Borang 2 atau Borang 2A, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, dan satu salinan jadual petak, pengubahan jadual petak, jadual petak yang dipinda atau pengubahan jadual petak yang dipinda, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, di pejabat.
P.U. (A) 107 13