Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015

Seksyen 9

(1)

Jika penjualan sesuatu petak oleh pemaju telah dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta dan tiada unit syer diuntukkan kepada setiap petak oleh juruukur tanah berlesen pemaju, mana-mana orang atau badan yang mempunyai kewajipan atau bertanggungjawab di bawah Bahagian IV Akta untuk menyenggarakan dan menguruskan mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama, hendaklah dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta atau dalam apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pesuruhjaya, menguntukkan unit syer bagi setiap petak mengikut formula yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta dalam Borang 3.

(2)

Empat salinan Borang 3 hendaklah difailkan dengan Pesuruhjaya bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(3)

Jika orang atau badan yang disebut di bawah subperaturan (1) tidak menguntukkan unit syer bagi setiap petak atau jika mana-mana pembeli tidak berpuas hati dengan penguntukan unit syer bagi petaknya, Pesuruhjaya hendaklah melantik mana-mana orang atau badan lain untuk menguntukkan unit syer bagi setiap petak mengikut formula yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta.

(4)

Orang atau badan yang dilantik di bawah subperaturan (3) hendaklah, dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh pelantikan atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pesuruhjaya, memfailkan dengan Pesuruhjaya penguntukan unit syer bagi setiap petak dalam Borang 3 bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan, dan—

(a)

P.U. (A) 107 14

(5)

Dalam menentukan unit syer yang hendak diuntukkan kepada setiap petak, orang atau badan yang mempunyai kewajipan atau bertanggungjawab di bawah subperaturan (1) atau orang atau badan yang dilantik di bawah subperaturan (3)

boleh—

(6)

Juruukur tanah berlesen yang dilantik di bawah perenggan (5)(c) atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya hendaklah diberikan akses kepada setiap petak sebagaimana yang perlu baginya untuk menjalankan penilaian petak.

P.U. (A) 107 15

(7)

Mana-mana orang atau badan yang tidak mematuhi subperaturan (1), (2)

atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(8)

Mana-mana orang yang enggan memberikan jurukur tanah berlesen yang dilantik di bawah perenggan (5)(c) atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya akses kepada mana-mana petak bagi maksud menjalankan penilaian petak, atau menghalang, menggalang atau melengahkan penilai tanah berlesen atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya dalam melaksanakan kemasukan bagi maksud tersebut, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, jika disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Unit syer yang diumpukkan hendaklah ditandatangani, dsb., oleh Pesuruhjaya

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015