Seksyen 12
Pernyataan pembelaan hendaklah dimeterai, dsb., dan dicatatkan dalam Daftar
of Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015
(1)
Apabila Borang 2 diterima, Setiausaha hendaklah menyebabkan salinan yang difailkan—
(a)
dimeterai dengan meterai Tribunal; dan
(b)
diletakkan tarikh dan ditandatangani.
(2)
Setiausaha hendaklah menyebabkan tiap-tiap tuntutan yang difailkan dicatatkan dalam Daftar yang disimpan di Tribunal.
(3)
Setelah suatu pernyataan pembelaan dicatatkan dalam Daftar, Setiausaha hendaklah menyimpan dua salinan Borang 2 yang telah ditandatangani dan dimeterai dan salinan lain Borang 2 yang telah ditandatangani dan dimeterai dikembalikan kepada penentang.
P.U. (A) 103 11