Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015

Seksyen 14

Pembelaan kepada tuntutan balas

(1)

Tiap-tiap pembelaan kepada tuntutan balas yang difailkan di Tribunal hendaklah dalam Borang 3.

(2)

Borang 3 hendaklah—

(a)

ditandatangani atau diturunkan cap jari, dalam hal pihak yang menuntut adalah seorang individu; atau

(b)

ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa bersama dengan nama penuh penandatangan dan dicapkan dengan cop rasmi atau meterai perbadanan syarikat, dalam hal pihak yang menuntut adalah suatu perbadanan atau kumpulan orang yang tidak diperbadankan.

(3)

Pihak yang menuntut hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan salinan Borang 2 yang telah ditandatangani dan dimeterai itu, memfailkan suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu dalam Borang 3 di Tribunal.

(4)

Subperaturan 10(2) dan (3), peraturan-peraturan 11, 12 dan 13

hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu kepada pembelaan kepada tuntutan balas.

P.U. (A) 103 12

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015