Malaysia legislation
Section 16
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015
Seksyen 16
Cara penyampaian
(1)
Apa-apa dokumen yang dikehendaki disampaikan kepada mana-mana orang di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh disampaikan dan hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepada orang itu dengan menyampaikan suatu salinan dokumen itu—
(a)
sendiri;
(b)
melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada alamat perniagaan, pejabat berdaftar, petak atau kediaman yang akhir diketahui bagi orang yang hendak disampaikan itu; atau
(c)
dengan melekatkan dokumen itu pada bahagian utama di alamat perniagaan, pejabat berdaftar, petak atau kediaman yang akhir diketahui bagi orang yang hendak disampaikan itu.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), penyampaian pemberitahuan oleh
Tribunal kepada mana-mana orang boleh dilakukan melalui penghantaran pemberitahuan itu dengan cara e-mel atau cara elektronik lain—
(a)
kepada orang itu sekiranya individu; atau
(b)
kepada orang yang diberi kuasa oleh perbadanan atau kumpulan orang yang tidak diperbadankan itu sekiranya perbadanan atau kumpulan orang yang tidak diperbadankan.
P.U. (A) 103 13
Tarikh penyampaian