Malaysia legislation
Section 25
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015
Seksyen 25
Ketidakhadiran pihak-pihak
(1)
Jika pihak yang menuntut atau penentang gagal untuk hadir pada tarikh, masa dan di tempat yang ditetapkan untuk pendengaran, Tribunal boleh meneruskan dengan pendengaran itu, menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh lain atau memberi suatu perintah atau membuat suatu award yang difikirkan sesuai.
(2)
Suatu award yang dibuat sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (1) hendaklah—
(a)
dalam Borang 9 jika pihak yang menuntut tidak hadir; atau
(b)
dalam Borang 10 jika penentang tidak hadir.
(3)
Sebelum menyelesaikan tuntutan atau tuntutan balas itu tanpa kehadiran mana-mana satu atau lebih pihak-pihak, Tribunal hendaklah menimbangkan apa-apa representasi yang dikemukakan oleh pihak atau pihak-pihak yang hadir.
(4)
Jika kedua-dua pihak tidak hadir pada tarikh, masa dan di tempat yang ditetapkan untuk pendengaran, tuntutan itu boleh dibatalkan oleh Tribunal.
Pendengaran