Malaysia legislation
Section 26
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015
Seksyen 26
(1)
Semasa pendengaran di hadapan Tribunal, pihak yang menuntut berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kesnya.
(2)
Selepas pihak yang menuntut membentangkan kesnya, penentang hendaklah membentangkan kesnya dan boleh mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kesnya.
P.U. (A) 103 16
(3)
Selepas pihak yang menuntut dan penentang menutup kes masing-masing, suatu penghujahan lisan atau bertulis yang ringkas boleh dibuat oleh penentang dan selepas itu oleh pihak yang menuntut.
(4)
Tribunal boleh pada bila-bila masa membantu pihak-pihak dalam menjalankan kes mereka.
(5)
Suatu award yang dibuat selepas pendengaran itu di bawah peraturan ini hendaklah dalam Borang 11.
(6)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung sebaliknya dalam
Peraturan-Peraturan ini, Tribunal boleh menjalankan prosiding dan pendengaran dalam apa-apa cara, dan memerintahkan sebagaimana yang difikirkannya sesuai, perlu atau suai manfaat.
Penyampaian suatu award