Malaysia legislation

Section 28

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015

Seksyen 28

(1)

Pihak yang menuntut atau penentang boleh, pada mana-mana peringkat prosiding melalui suatu notis permohonan dalam Borang 12, memohon kepada

Tribunal untuk memanggil mana-mana orang untuk hadir sebagai saksi atau untuk mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya di hadapan

Tribunal.

(2)

Borang 12 hendaklah mengandungi alasan-alasan permohonan secara terperinci mengenai sebab-sebab orang, dokumen, rekod atau benda lain sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (1) dikehendaki dalam prosiding itu.

P.U. (A) 103 17

(3)

Tribunal boleh, menurut budi bicaranya, membenarkan permohonan itu dengan bersyarat atau sebaliknya, atau menolak permohonan itu.

(4)

Borang 12 hendaklah difailkan di Tribunal dalam tiga salinan dan dilampirkan bersama saman untuk hadir dalam Borang 13.

(5)

Tribunal hendaklah mendaftarkan suatu saman dalam Borang 13 dalam hal apabila permohonan telah dibenarkan di bawah subperaturan 28(3) dan hendaklah menyebabkan dua salinan Borang 13 yang telah ditandatangani dan dimeterai dikembalikan kepada orang yang memohon saman untuk hadir.

Penyampaian saman untuk hadir

Section 28 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015