Malaysia legislation

Section 31

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015

Seksyen 31

(1)

Mana-mana orang yang gagal untuk hadir sebagai saksi atau untuk mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 13 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

P.U. (A) 103 18

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), jika mana-mana orang gagal untuk hadir sebagai saksi atau untuk mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 13, Tribunal boleh memohon kepada mahkamah untuk suatu perintah komital atau penghinaan mahkamah.

Section 31 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015