Malaysia legislation

Section 32

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015

Seksyen 32

(1)

Tiap-tiap permohonan bagi suatu perintah interlokutori hendaklah dibuat melalui notis permohonan dalam Borang 14.

(2)

Borang 14 hendaklah difailkan di Tribunal bersama dengan fi yang ditetapkan dalam salinan yang mencukupi dengan mengambil kira bilangan pihak-pihak yang terlibat dan dua salinan hendaklah disimpan oleh Tribunal.

(3)

Borang 14

hendaklah mengandungi secara terperinci permohonan-permohonan dan alasan permohonan itu.

(4)

Borang 14 hendaklah—

(a)

ditandatangani oleh atau dicapkan dengan ibu jari, jika pemohon adalah seorang individu; atau

(b)

ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa beserta nama penuh orang yang menurunkan tandatangan dan dicapkan dengan cop rasmi atau meterai perbadanan, jika pemohon ialah perbadanan atau kumpulan orang yang tak diperbadankan.

Permohonan hendaklah dimeterai, dsb. dan dicatatkan dalam Daftar

Section 32 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015