Seksyen 34
Penyampaian permohonan interlokutori
of Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015
(1)
Setelah suatu permohonan bagi perintah interlokutori telah dicatatkan dalam Daftar, Setiausaha hendaklah menyimpan dua salinan Borang 14 yang telah ditandatangani dan dimeterai dan salinan lain Borang 14 yang telah ditandatangani dan dimeterai dikembalikan kepada pemohon.
(2)
Pemohon hendaklah, dalam masa tujuh hari daripada tarikh penerimaan
Borang 14 yang telah ditandatangani dan dimeterai daripada Tribunal, menyampaikan
Borang itu kepada pihak-pihak yang terlibat.
(3)
Jika pemohon gagal menyampaikan salinan Borang 14 yang telah ditandatangani dan dimeterai kepada pihak-pihak yang terlibat dalam masa yang dinyatakan dalam subperaturan (2), permohonan hendaklah dibatalkan.