Malaysia legislation
Section 35
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015
Seksyen 35
(1)
Pendengaran suatu permohonan untuk perintah interlokutori hendaklah, melainkan diarahkan selainnya oleh Pengerusi, didengar di hadapan Setiausaha atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Setiausaha.
(2)
Semasa pendengaran permohonan itu, pemohon berhak untuk mengemukakan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong permohonannya.
P.U. (A) 103 20
(3)
Peruntukan seksyen 110 Akta hendaklah terpakai dalam pendengaran permohonan di bawah peraturan ini.
(4)
Suatu perintah yang dibuat di bawah peraturan ini hendaklah dalam
Borang 15 dan boleh tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Tribunal.