Malaysia legislation
Section 36
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015
Seksyen 36
(2)
Jika, atas permohonan seorang penentang bagi suatu tindakan atau prosiding lain dalam Tribunal, ternyata kepada Tribunal—
(a)
bahawa pihak yang menuntut bukan warganegara Malaysia atau biasanya bermastautin di luar bidang kuasa;
(b)
bahawa pihak yang menuntut (yang bukannya seorang pihak yang menuntut yang membawa guaman atas kapasiti seorang wakil) adalah seorang pihak nominal yang membawa guaman untuk faedah seseorang yang lain dan terdapat alasan untuk mempercayai yang dia tidak berupaya membayar kos penentang sekiranya diperintahkan berbuat demikian;
(c)
tertakluk kepada subperaturan (2), bahawa alamat pihak yang menuntut itu tidak dinyatakan dalam mana-mana tuntutan atau permohonan yang dibuat di Tribunal atau telah dinyatakan dengan salah di dalamnya; atau
P.U. (A) 103 21
(d)
bahawa pihak yang menuntut itu telah menukarkan alamatnya semasa berlangsungnya prosiding dengan tujuan untuk mengelakkan akibat litigasi, maka, sekiranya, dengan mengambil kira kepada semua hal keadaan kes, Tribunal fikirkannya adil untuk berbuat demikian, Tribunal boleh memerintahkan pihak yang menuntut untuk memberikan apa-apa jaminan kos kepada penentang dalam tindakan itu atau prosiding lain sebagaimana yang difikirkannya adil.
(3)
Tribunal tidak boleh menghendaki seorang pihak yang menuntut untuk memberikan jaminan semata-mata oleh sebab subperenggan (2)(c) sekiranya dia memuaskan hati Tribunal bahawa kegagalan menyatakan alamatnya atau pernyataan silap mengenainya telah dibuat dengan ikhlas dan tanpa niat untuk memperdaya.
(4)
Jika, atas permohonan seorang penentang bagi suatu tindakan atau prosiding lain dalam Tribunal, ternyata kepada Tribunal bahawa—
(a)
suatu pihak, yang bukan suatu pihak bagi suatu tindakan atau prosiding (yang disebut sebagai “bukan pihak”), telah memberikan hak tuntutan kepada pihak yang menuntut dengan pandangan untuk mengelakkan liabiliti kosnya; atau
(b)
bukan pihak telah menyumbangkan atau bersetuju untuk menyumbangkan kepada kos pihak yang menuntut sebagai balasan kepada suatu perkongsian mana-mana wang atau harta yang pihak yang menuntut boleh mendapat kembali dalam tindakan atau prosiding, dan bukan pihak adalah orang yang terhadapnya suatu perintah kos boleh dibuat, maka, sekiranya, dengan mengambil kira segala hal keadaan kes itu, Tribunal memikirkan adil baginya untuk berbuat demikian, ia boleh memerintahkan bukan pihak itu untuk memberikan apa-apa jaminan kos kepada penentang dalam tindakan itu atau prosiding lain sebagaimana Tribunal memikirkannya adil.
P.U. (A) 103 22
(5)
Suatu permohonan untuk mendapatkan perintah di bawah subperaturan (4)
hendaklah dibuat melalui suatu notis permohonan dalam Borang 14, yang hendaklah disampaikan kepada bukan pihak secara kediri dan kepada tiap-tiap pihak dalam prosiding.
(6)
Alasan untuk menyokong permohonan hendaklah disampaikan dengan notis permohonan kepada tiap-tiap orang yang notis permohonan itu dikehendaki diserahkan.
(7)
Sebutan dalam subperaturan yang tersebut di atas mengenai seorang pihak yang menuntut dan penentang hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan kepada orang
(tidak kira bagaimana jua pun diperihalkan dalam rekod) yang berkedudukan sebagai pihak yang menuntut atau penentang, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam prosiding dalam persoalan, termasuk prosiding suatu tuntutan balas.
(8)
Suatu perintah yang dibuat di bawah peraturan ini hendaklah dalam
Borang 15 dan boleh tertakluk kepada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh
Tribunal.
Cara memberikan jaminan