Malaysia legislation
Section 49
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015
Seksyen 49
(1)
Menurut subseksyen 117(5) Akta, Tribunal boleh atas usulnya sendiri atau atas permohonan secara bertulis oleh mana-mana pihak kepada prosiding, membetulkan kesilapan sunting dalam apa-apa award atau kekhilafan yang timbul dalam award daripada apa-apa kesilapan atau peninggalan tidak sengaja.
(2)
Tiada pembetulan suatu award boleh dibuat oleh Tribunal melainkan—
(a)
Tribunal telah mengambil langkah berjaga-jaga demi kepentingan awam dalam memuktamadkan prosiding undang-undang;
(b)
tiada kesalahan atas mana-mana pihak kepada prosiding itu;
(c)
Tribunal mempunyai alasan yang sah untuk mempertimbangkan bahawa ia telah berjalan atas salah faham fakta atau undang-undang;
atau
(d)
semua pihak yang terlibat dalam prosiding yang terdahulu diberi peluang untuk didengar.
(3)
Pembaikian atau pembetulan suatu award di bawah peraturan ini tidak boleh—
(a)
dijadikan sebagai alasan untuk menghujahkan semula kes tersebut;
atau
(b)
digunakan bagi maksud merosakkan hujahan yang telah dipertimbangkan oleh Tribunal atau atas sebab suatu pihak telah gagal untuk mengemukakan hujahan dalam semua aspek atau sebaik yang ia boleh dikemukakan.
(4)
Peruntukan-peruntukan seksyen 110, 112 dan 113 Akta hendaklah terpakai dalam peraturan ini.
P.U. (A) 103 29
Penangguhan