Malaysia legislation

Section 55

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015

Seksyen 55

Pemfailan elektronik permohonan atau dokumen

(1)

Tribunal boleh mengadakan perkhidmatan pemfailan atau penyerah simpanan apa-apa dokumen secara elektronik yang dikehendaki di bawah

Peraturan-Peraturan ini untuk difailkan atau diserahsimpan dengan Tribunal.

(2)

Suatu permohonan atau dokumen yang difailkan atau diserahsimpan secara elekronik di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan sebagai telah memuaskan kehendak bagi pemfailan atau penyerahsimpanan jika permohonan atau dokumen itu disampaikan atau diserahkan kepada Tribunal mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Tribunal.

(3)

Suatu permohonan atau dokumen yang dikehendaki supaya dicapkan, ditandatangani atau dimeterai hendaklah, jika difailkan atau diserahsimpan secara elekronik, diperakui atau disahkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh

Tribunal.

(4)

Jika suatu permohonan atau dokumen yang dikehendaki supaya ditandatangani dan diakusaksikan di bawah Peraturan-Peraturan ini difailkan atau diserahsimpan secara elekronik, kehendak bagi pengakusaksian tandatangan tidak terpakai.

Nilai keterangan salinan permohonan atau dokumen yang difailkan secara elektronik yang diperakui oleh Setiausaha 56.

(1)

Suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa dokumen yang difailkan atau diserahsimpan secara elektronik dengan Tribunal di bawah peraturan 55 yang dibekalkan atau dikeluarkan oleh Setiausaha dan diperakui salinan yang sah atau cabutan daripadanya di bawah tandatangan Setiausaha hendaklah boleh diterima sebagai keterangan sama dengan yang salinan asal.

P.U. (A) 103 31

(2)

Apabila suatu permohonan atau dokumen difailkan atau diserahsimpan secara elekronik dengan Tribunal, Setiausaha atau pegawai yang diberikuasa tidak boleh dipertanggungkan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana orang atas alasan kesalahan atau peninggalan dalam apa jua sifat atau bagaimanapun timbul yang terdapat dalam mana-mana dokumen yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah perkhidmatan yang disebut dalam subperaturan (1), jika kesalahan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam perjalanan biasa penunaian tugas-tugas Setiausaha atau pegawai yang diberi kuasa atau berlaku atau timbul kesan daripada apa-apa kecacatan atau apa-apa kerosakan dalam perkhidmatan atau dalam kelengkapan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan.

(3)

Apabila permohonan atau dokumen difailkan atau diserahsimpan dengan

Tribunal yang tidak mematuhi kehendak yang dinyatakan dalam peraturan 54,

Setiausaha boleh menyerahkan kepada orang yang kepadanya permohonan atau dokumen itu difailkan atau diserahsimpan (atau, jika terdapat dua atau lebih orang, salah seorang daripada mereka) suatu notis yang menunjukkan kehendak yang mana dokumen itu tidak patuh dengannya.

(4)

Apabila permohonan atau dokumen gantian—

(a)

difailkan atau diserahsimpan dengan Setiausaha dalam masa empat belas hari selepas penerimaan notis dalam subperaturan (3); dan

(b)

mematuhi kehendak di bawah peraturan ini, permohonan atau dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai telah difailkan atau diserahsimpan dengan Tribunal.

P.U. (A) 103 32