Skip to content

Seksyen 3

Pemberitahuan mengenai pemajuan telaga

of Peraturan-Peraturan Penyiasatan Kaji Bumi (Pemberitahuan Pemajuan Telaga dan Korekan) 2013

P.U. (A)In forceProvision 3 of 4
Seksyen 3

(1)

Mana-mana orang yang berhasrat untuk menggerek, menggerudi, menggali atau dengan cara lain memajukan suatu telaga bagi maksud mencari atau mengambil air daripadanya hendaklah memberitahu Ketua Pengarah mengenai apa-apa butir sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 1 Jadual dalam tempoh empat belas hari bekerja sebelum aktiviti yang dicadangkan itu dijalankan.

(2)

Mana-mana orang yang telah menggerek, menggerudi, menggali atau dengan cara lain memajukan suatu telaga bagi maksud mencari atau mengambil air daripadanya hendaklah memberitahu Ketua Pengarah mengenai apa-apa butir

P.U. (A) 288 4

sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual dalam tempoh empat belas hari bekerja selepas menjalankan aktiviti itu.

(3)

Mana-mana orang yang telah menggerek, menggerudi, menggali atau dengan cara lain memajukan suatu telaga bagi maksud mencari atau mengambil air daripadanya sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan ini hendaklah memberitahu Ketua Pengarah mengenai apa-apa butir sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual dalam tempoh enam bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya

Peraturan-Peraturan ini.