Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PENYIASATAN KAJI BUMI (PEMBERITAHUAN PEMAJUAN TELAGA DAN KOREKAN) 2013

Seksyen 4

(1)

Mana-mana orang yang berhasrat untuk menggerek, menggerudi, menggali atau dengan cara lain memajukan suatu lubang, lelubang, syaf, terowong, tarahan atau korekan lain yang mendedahkan batu hampar hendaklah memberitahu

Ketua Pengarah mengenai apa-apa butir sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 3

Jadual dalam tempoh empat belas hari bekerja sebelum aktiviti yang dicadangkan itu dijalankan.

(2)

Mana-mana orang yang telah menggerek, menggerudi, menggali atau dengan cara lain memajukan suatu lubang, lelubang, syaf, terowong, tarahan atau korekan lain yang mendedahkan batu hampar hendaklah memberitahu Ketua Pengarah mengenai apa-apa butir sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 4 Jadual dalam tempoh empat belas hari bekerja selepas menjalankan aktiviti itu.

(3)

Mana-mana orang yang telah menggerek, menggerudi, menggali atau dengan cara lain memajukan suatu lubang, lelubang, syaf, terowong, tarahan atau korekan lain yang mendedahkan batu hampar sebelum tarikh mula berkuat kuasanya

Peraturan-Peraturan ini hendaklah memberitahu Ketua Pengarah apa-apa butir sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 4 Jadual dalam tempoh enam bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan ini.

P.U. (A) 288 5