Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(1)
Pihak Berkuasa hendaklah memberitahu establismen, secara bertulis, mengenai penggantungan lesen establismen dan hendaklah mengkehendaki establismen itu untuk meremedi apa-apa pelanggaran atau kemungkiran yang menyebabkan penggantungan itu.
(2)
Establismen itu hendaklah meremedi pelanggaran atau kemungkiran yang menyebabkan penggantungan itu dalam masa empat belas hari dari tarikh pemberitahuan.
(3)
Establismen itu boleh meminta suatu pelanjutan masa kepada Pihak
Berkuasa, secara bertulis, untuk meremedi sebagaimana yang dikehendaki dalam subperaturan (2).
(4)
Pihak Berkuasa hendaklah menimbangkan permohonan bagi pelanjutan masa sebagaimana yang diminta dalam subperaturan (3) dan boleh meluluskan atau menolak permohonan bagi pelanjutan masa itu dan hendaklah memberitahu establismen secara bertulis keputusannya.
(5)
Pihak Berkuasa hendaklah membatalkan lesen establismen jika establismen itu gagal untuk meremedi dalam masa yang dinyatakan di bawah subperaturan (2) atau dalam masa pelanjutan masa yang diluluskan di bawah subperaturan (3), mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6)
Jika Pihak Berkuasa memutuskan untuk membatalkan lesen establismen menurut subperaturan (1), Pihak Berkuasa hendaklah memberitahu establismen itu secara bertulis keputusannya dan establismen itu hendaklah mengembalikan lesen establismen itu kepada Pihak Berkuasa dalam masa empat belas hari dari tarikh pemberitahuan pembatalan itu.
14