Skip to content

Seksyen 15

of Peraturan-Peraturan Peranti Perubatan 2012

P.U. (A)In forceProvision 15 of 22

Seksyen 15

(1)

Mana-mana establismen yang berniat untuk memohon suatu permit eksport hendaklah mematuhi kriteria yang berikut:

(a)

establismen itu dilesenkan di bawah Akta;

(b)

peranti perubatan yang hendak dieksport didaftarkan di bawah Akta; dan

(c)

apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa.

(2)

Suatu permohonan bagi permit eksport hendaklah dibuat kepada Pihak

Berkuasa dalam Borang MDA1 dan disertakan dengan fi permohonan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kelima.

(3)

Apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa di bawah perenggan 1(c) hendaklah disediakan oleh pemohon dalam tiga puluh hari dari tarikh permintaan oleh Pihak Berkuasa.