Skip to content

Seksyen 17

of Peraturan-Peraturan Peranti Perubatan 2012

P.U. (A)In forceProvision 17 of 22

Seksyen 17

(1)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa di bawah

Peraturan-Peraturan ini hendaklah menghantar salinan notis rayuan kepada Menteri melalui pos berdaftar dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan Pihak Berkuasa.

(2)

Notis rayuan yang dikemukakan oleh perayu hendaklah menyatakan—

(a)

nama penuh, alamat dan butir-butir lain perayu;

(b)

keputusan yang dengannya dia terkilan;

(c)

alasan baginya perayu bercadang untuk bergantung; dan

(d)

apa-apa maklumat atau dokumen yang perlu bagi maksud rayuan itu.

(3)

Notis rayuan hendaklah disertakan dengan fi rayuan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.

16