Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERANTI PERUBATAN (PENGIKLANAN) 2019

Seksyen 2

(1)

Tiada seorang pun boleh mengiklankan mana-mana peranti perubatan berdaftar tanpa kelulusan daripada Pihak Berkuasa.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(3)

Permohonan bagi kelulusan untuk mengiklankan suatu peranti perubatan berdaftar hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pihak Berkuasa dan hendaklah disertakan dengan—

(a)

sesalinan iklan yang dicadangkan bagi peranti perubatan berdaftar itu;

(b)

fi pemprosesan sebanyak satu ribu ringgit; dan

(c)

suatu surat pelantikan daripada establismen yang atas permohonannya peranti perubatan itu didaftarkan, jika pemohon

3

dilantik oleh establismen itu untuk mengiklankan peranti perubatan itu.

(4)

Pihak Berkuasa boleh, secara bertulis, pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan di bawah subperaturan (3), meminta pemohon supaya memberi Pihak Berkuasa, dalam tempoh yang ditetapkan dalam permintaan itu, apa-apa butiran, maklumat atau dokumen lain.

Kandungan iklan

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERANTI PERUBATAN (PENGIKLANAN) 2019